Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan
kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg
terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan
penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika
mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru mau nunjukin sikap
keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Kekanak-kanakkanDalam batas yg wajar, sifat
kekanak-kanakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan sikap anda. Tetapi tentulah bukan sifat
kekanak-kanakkan yang kelewatan dan menyakitkan hati tetapi sikap
kekanak-kanakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang
membangkitkan naluri kebapaan dan kelaki-lakian kaum lelaki. Wanita
ceria membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita
membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat
untuk membicarakan masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesalahan, wanita yang pengertian tidak terus mengeluarkan
kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya coba mengerti duduk
persoalannya.
3. Menghargai
Wanita
yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeda dengan
wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita
yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita
tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada
dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak
langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan
dirinya dan kesehatan tubuh badan walau sudah mempunyai anak. Siapa
yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau
dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan
wanita yang pandai berkomunikasi dan bisa bercanda. Walau topikcandaan
yang disukai lelaki berbeda dengan topik kesukaan wanita, wanita
tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman bercanda yang
pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga
tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak
serius menjadi candaan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan
wanita yang suka bergurau dan pandai bergurau serta bisa menerima
candaan laki-laki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita
yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara
berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak canggung
dengan siapa pun.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan
wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia
inginkan dan mana yang dhindari serta menjaga harga dirinya. Dia tidak
akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang
murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, menyayangi
anak-anak dan tidak memilih-milih. Kebaikan yang wajar dan spontan
mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan di dalam (inner beauty)
pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Subscribe to:Post Comments (Atom)
Widget edited by super-bee



No comments:
Post a Comment